Thursday, July 27, 2017

cinta dan sayang bukan kerana terpaksa

sayangi, cintai dengan sejujurnya.. seikhlasnya..
jangan dipaksa hati jika sudah hilang rasa kasih sayang dihati..
kenangan akan kekal sebagai kenangan..
simpan kenangan yang manis agar dapat menjadi perawat duka.
jgn di buang kenangan buruk. kerana ianya satu pengajaran buat diri.
aku bukan manusia sempurna..
aku hanya manusia biasa yang sering melakukan kesalahan dan kekhilafan..

demi Allah.. aku ingin menjadi yang terbaik..
terbaik untuk kamu dan segalanya..
tetapi aku hanya dipandang atas dasar kekhilafan seorang manusia.
hukuman.. aku terima andai ianya satu hukuman buat diri si durjana ini.
aku terima..
mohon aku diberikan kekuatan untuk menempuh segala duka..
kerana aku sentiasa bermohon untuk diberikan bahagia..
bahagia di dunia dan diakhirat..

jujur sumpah mati, tiada lain selain kamu..
tiada,,
segala kesilapan yg pernah aku lakukan, tiada niat untuk mencari penganti kamu..
aku menyesal.. aku sesal..
aku hanya manusia yang tak pernah lepas lakukan kesilapan..

kesilapan itu satu pengajaran..
pengajaran untuk lebih mengenal erti kehidupan..
kehidupan yang hanya dipinjamkan buat sementara..

aku bukan si puisi cinta.. aku bukan si kalam yang menulis segala erti cinta..
bukan aku..
aku hanya manusia yg kenal siapa yg aku cinta..
aku cuba bertahan dan terus bertahan..
sebab itu aku..
bertahan hanya untuk merasa bahagia sementara didunia..
dan biarlah hingga ke akhirat..

M.N

No comments:

Post a Comment