Tuesday, October 22, 2013

kekasihku..

Ya Allah, sekiranya kekasihku ini pilihanMu di Arash, berikan aku kekuatan untuk bersamanya..
Jika kekasihku ini adalah yang akan membimbing tanganku ke titianMu, kurniakanlah aku sifat kasih atas perbuatannya..
Sekiranya kekasihku adalah bidadara untukku di Jannah,limpahkanlah aku dengan sifat tunduk akan perintahnya..
Jika kekasihku jodoh yg dirahmati olehMu ya Allah, berikan aku kesabaran untuk menghadapi karenah dan ragamnya..
sesungguhnya segala yg diperolehi kurniaan dariMu..

Sunday, October 20, 2013

cantik? kaya?

"Cantik" bukan bererti baik. "Kaya" bukan bererti bahagia. 
Kerana kecantikan & kekayaan bukan jaminan "kesempurnaan".

Lelaki.

Maaf andai hati ini tidak dapat menerima lagi kala hati dilukai..
aku percaya, aku setia, aku jujur, aku ikhlas..
tapi,, adakah kau setia??
setia??
tnya pada diri sendiri..
Andai Allah mahu tunjukkan kebenaran, hanya sekadar sekelip mata..
ingt, perempuan mempunyai keistimewaan yg tiada pada lelaki..
Naluri nya lebih kuat sehinggakan ia boleh menunjukkan kebenaran yg tidak pernah tecapai dek akal lelaki.
Ingat, hati kaum wanita dilindungi.. perasaan ingin disayangi..
aku setia.. setia hanya pada kamu..

andai kau ingin merasakan curang, 
pikirlah pertama skali apa yg akan kau rasa jika kau berada di tempatku..
adakah akan kau menerimaku?? tidak sama sekali..
telah aku berikan mu peluang.. adakah kau sedar bahawasanya aku memberi peluang ntuk kau berubah?? bukan memberi peluang untuk kau melukakan hati ini lagi..
mungkin kau tidak sayangkan hubungan kita sehingga kau sanggup ingin menduakan aku..
pikirlah wahai lelaki..

aku percaya, terlalu percaya..
sehinggakan kepercayaan ini membuatkan aku bodoh dimatamu..
aku setia, terlalu setia,
sehinggakan kau merasakan aku tidak bisa beralih darimu..
jangan sangka aku tidak mampu melakukan spt ape yg kau cuba lakukan..
aku hanya tidak mahu, dan bukan kemahuan ku untuk melukakan walau sekelumit zarah sekalipun..

dengarlah hati ini wahai lelaki..
aku bukan boneka.. aku bukan peragaan..
aku sekadar inginkan KESETIAAN, KASIH SAYANG, PERHATIAN dan KEJUJURAN..
andai kau tidak bisa melakukan itu semua, tanyalah pada hati, 
masihkah ada sayang untuk aku..

Lelaki.. aku sudah tidak percaya kepada tutur katamu..
aku sudah tidak percaya segala janji manismu..
aku tidak percaya akan kata sygmu..
Cuma aku hanya percaya pada tingkah lakumu..