Sunday, January 1, 2012

Berakhirnya 2011, Bermulanya 2012.


Selamat tinggal wahai Tahun "2011"..
tahun 2011 yg penuh bermakna, penuh aku kenal erti kehidupan..
selamat tinggal kenangan 2011 yg penuh dengan kelukaan dan kesedihan..
selamat tinggal kenangan 2011 yg mampu mengukir senyuman dibibirku walaupun akan munculnya lagi tahun2 berikutnya..
bnyak kenangan yg membuatkan aku dewasa, menjadi seorang insan yg sedikit sebanyak berubah menjadi matang dari tahun yg sebelumnya..
dan kenangan cinta 2011.. cinta 2011, selamat tinggal..
kisah cintaku pada tahun 2011, yg sering buatku menangis, teluka, tersenyum, ketawa, dan membuatkan aku kehilangan sahabat2 ku..
aku redha..
biarlah kenangan pahit itu semua hanya jadi kenangan yg x kan pernah aku lupakan..
biarkan lah kenangan tersebut berlalu walaupun kesannya meresap dalam diri ini walau beribu tahun berikutnya menjelma..
aku biarkan hati aku tertutup tanpa insan didalamnya..
tiada insan lagi yg layak untuk menerima cinta aku yg agung ini walaupun aku mencintai "cinta 2011" lebih dari segalanya..
biarkan lah ia berlalu.. biarkan ia menjadi pengajaran buatku..
tangisan, tawa, semua akan kekal dalam ingatanku..

Assalamualaikum 2012.. Selamat datang dalam hidupku..
Alhamdulillah diri ini masih lagi mampu untuk bernafas..
Alhamdulillah aku masih lagi mempunyai kedua ibu bapa, keluarga, kwn2 yg menyayangi ku..
dan alhamdulillah juga kerana aku telah belajar erti cinta..
walaupun tiada cinta untukku pada tahun ini..
ya Allah ya tuhanku, aku mohon kepadamu, izinkan aku untuk menetap dalam hati seseorg untuk aku rasa disayangi..
ya Allah ya tuhanku, kau bukakan lah pintu hati ini untuk insan yg benar2 layak menerima cintaku..
insan yg kau rasakan benar2 akan mencintaiku seadanya..
insan yg x kan membuatkan aku terluka..
ya Allah ya tuhanku, kau kembalikan kebahagianku bersama kawan2ku..
jgn pernah kau pisahkan aku dengan sahabat2 ku..
jgnlah kau pisahkan kebahagiaan yg pernah kami cipta bersama..
tahun 2011 cukup aku rasa kehilangn cinta, dan juga sahabat..
tahun ini aku x perlu cinta itu untuk kembali, tapi aku perlukan rakan2 ku untuk masih berada disisiku..
sudah cukup segala yg kurasakan derita pada tahun sebelumnya..
biarkan lah tahun ini membuatkan aku lebih untuk tersenyum, mengukir segala senyuman..
ya Allah sesungguh nya aku hanya insan yg hina disisimu..
tapi dengarlah luahan hati ini, kerana hanya kau yg mampu memakbulkan segalanya..
biarkanlah "Tahun 2012" ini tahun yg istimewa buatku..
memberikan aku segala keindahan, sebelum tertutupnya mata ini..

salam~~


No comments:

Post a Comment