Saturday, October 30, 2010

ATUK.....

27/10/ 2010, aku terima satu msg from my cosin yg kazen aku lg sorg ade msg die, pesan kat abah yg adik die sakit a.k.a syed rosidi.. niat nk gtaw abah pasal sepupu, last2 aku yg terima berita yg abah ade kat hospital,
aku tnye abah, wat pe kat sane?.. abah ckp " abah kat hospital nie, atuk masuk hospital "
sambil aku nges2.. "yeke, atuk cmner," " atuk x sedar, "
then mama col, mama ckp " anak, abah da gtaw?.. maaf mama lmbt gtaw, x nk umi sedey " 
nges2 " mama, nk balik, tapi jauh.."
abah ckp abh dtg ambik..alhamdulillah..
atuk dipindahkan ke hospital johor bharu sbb nk wat operation..
kat sane je leh wat,..
abh smpai kt jengka, ambik aku, jauh gak perjalanan nk sampai ke jaybee tu..
malam menjelang, aku g tgok atuk, dsbbkan mama ade pas kerja, leh la msuk lewat2 pon..
first time aku tgok atuk terlantar kat katil icu,
air mata mula menitis.. berbisik di telinga atuk, 
" assalamualaikum atuk.. umi balik nk jumpe atuk nie.."
lalu kesan air mata bergelinangan di sebalik bulu mata kerana matanya tertutup rapat..
titisan tersebut menandakan bahawa die sedar akan kehadiran aku..
sedikit sebnyak cuba untuk menyahut panggilan aku, cuba untuk membalas sentuhan aku,
tapi x berdaya.. hanya kerutan dahi yg dilakukan, sedikit gerakan tangan membuatkan aku sebak kerana betapa dia berusaha untuk menyahut dan menyambut kehadiran aku..
aku memeluk atuk, berbisik ditelinga, membuatkan aku tidak puas melihat dia..
atuk, aku dah x de atuk lain selain die.. sekarang aku hanya ade nenek..

hari kedua - atuk kehihatan lebih tenang, tidak sekeras semalam, meronta2 tubuh badan untuk bangkit, tapi tidak berdaya.. hari kedua masih menunjukkan reaksi pergerakan tangan kaki dan muka, tapi x dpt membuka mata.. bapa saudara ku berbisik ditelinga untuk dia kuatakan semangat, dan lawan semua sakit tersebut, aku lihat, die cuba untuk lawan semua, lawan untuk bgun, lawan untuk membuka mata, tapi tidak berjaya..
mama kate, die dengar ape yang kita ckp, tapi die x boleh nk buka mata kerana bekuan darah diotak, semakin membesar dan semakin bertambah..
atuk..
umi sayang atuk..

hari ketiga- doktor tidak mahu membuat pembedahan kerana risiko yang sgt besar dan atas kerana darah dalam kepala sgt banyak dan darah tersebut kecil2.. jadi sgt sukar untuk membuangnya..
kami sekeluarga akur dengan keputusan doktor dan ingin membawa atuk ablik je batu pahat..
hari ketiga menunjukkan reaksi lemah dia.. sudah lagi tidak mampu untuk menggerakkan anggotanya lagi..
tapi, apabila mama berbisik mengatakan yg dia akan dibawa pulang ke batu pahat, dengan segera dia menyahut soalan yg diajukan.. tersebut menandakan dia setuju untuk dibawa pulang..
aku dan abah yg mengiringi atuk ke ambulan, tapi aku x boleh ikut smapai ke batu pahat kerana pada 1/11 aku ade exam, so kena balik..
dengan hati yang sayu dan sedih, aku membenarkan pemergian atuk ke batu pahat..
aku hanya dapat berdoa supaya atuk dapat bertahan..
sekiranya tuhan sayangkan dia, ambillah dia, kami sekeluarga meredhakannya..
dan andai kata allah masih mahu dia bersama kami, sembuhkan lah dia..
wahai kawan2 dan followerku, aku harap korang doakan kesembuhan atuk aku..
salam..


No comments:

Post a Comment