Saturday, June 23, 2012

Bila jari, hati, dan minda bersatu.

Seringkali minda ini, diri ini dihasuti syaitan.
mengatakan adakah Allah itu adil padaku?
andai Allah itu adil, mengapa seringkali aku yang terluka?
mengapa seringkali aku yg tersiksa? dan mengapa sehingga kini aku sendiri,
dan mengapa kebahagiaan itu hanya sementara untuk ku?
sedangkan insan lain enak dibuai mimpi bersama kegembiraan.
andai aku hanyut bersama hasutan itu, aku xkan setabah ini..

aku tahu Allah bersamaku, aku tahu Allah melindungi ku, aku tahu Allah mendengar segala rintihan ku, dan, aku tahu yang sememangnya Allah mengujiku, menguji keimanan ku, menguji kesabaranku..
dengan kepercayaan itu au kuatkan diri aku, kerana aku yakin,
ada sinar yang akan menerangi setiap kedukaan ku ini..

aku hanya menanti, aku hanya menunggu saat itu..
aku tahu, Allah meletakkan ku pada keadaan ini,
kerana Allah ingin aku kuat untuk menempuhi setiap dugaan yg mendatang..
supaya aku tidak lemah dan aku tidak tunduk pada godaan syaitan untuk berpaling darimu ya Allah..
ya, aku kuat, aku kuat untuk masih tersenyum walaupun aku dihimpit kesedihan..
aku kuat untuk mengembirakan org yg dalam kesedihan walaupun aku berada ditempat yg sama dengannya iaitu kesedihan..

ramai org membenci kesedihan, ramai orang membenci tangisan,
tapi adakah kamu tahu bahawa kesedihan itu lah yg membawa kpd kekuatan..
Allah tidak akan menduga umatnya sekiranya umat tersebut tidak mampu untuk melaluinya.
Allah tidak kejam, dan Allah syg akn umatnya..
anggap lah segala kesedihan suatu yang takkan pernah hilang..
andai hari ini kamu menangis, dan kamu ketawa, sungguh mustahil andai ketawa itu dpt menghilangkan segala kesedihan.. mungkin ada kesedihan yg lebih besar menanti disebalik tawaan mu itu.

No comments:

Post a Comment