Tuesday, November 2, 2010

Kisah atuk berakhir..

Salam..
ntuk pengetahuan follower ataw sesiapa sahaja yg membaca blog ku ini,
atukku yg coma telah kembali ke rahmatullah pada pukul 12malam 2/11/2010..
ketika die menghembuskan nafas yg terakhir, semua ahli keluarga ada bersamanya,
kecuali aku dan abah.. aku x dapat melihat wajah tua atuk ku yg aku sayang ntuk kali yg terakhirnya kerana sekarang aku sedang sibuk dalam minggu peperiksaan.. abah pula di Kuala Lumpur atas urursan kerja..
pada pukul 11pagi, atuk selamat dikebumikan dengan lancar dan menurut abah ku yg berada disana ramai yg dtg menziarahi kerana atuk sgt baik dgn semua org..
aku sedih kerana aku telah pergi meninggalkan aku tanpa menunggu kepulangan aku..
aku telah berniat bahawa cuti semester nanti, aku ingin sekali menjaga atuk, dan menghabiskan masa cuti tersebut bersama atuk.. 
tapi niat aku tidak kesampaian.. atuk telah dahulu pergi meninggalkan aku.. 
blum sempat rasenya ntuk aku mengusap rambut putih atuk,
belum sempat aku mencium sepuasnya pipi tua atukku..
belum sempat ingin aku membasahkan badan atuk untuk mandi,
belum sempat atuk melihat kejayaan aku di universiti,
dan juga belum sempat tuk melihat aku menerima anugerah, memakai jubah hitam,
atuk telah dahulu pergi meninggalkan aku..
tetapi aku redha kerana aku tidak mahu atuk terseksa ketika dia sakit..
pemergian atuk begitu meninggalkan kesan yg mendalam terhadap aku kerana atuk org yg rapat dengan aku..
bermaksud raya tahun sudah adalah raya yg terakhir aku beraya dgn atuk..kerana tahun ini aku beraya di terengganu.. tapi sebelum raya iaitu pada bulan puasa, aku balik ke johor untuk menjenguk mereka..
maknanya itulah kali terakhir aku menatap wajah senyuman, wajah kegembiraan atuk, bergerak, senyum, gelak ketawa, guraw sendanya bersama ku.. itulah yg terakhir..
selepas itu aku hanya dpt mendengar suaranya melalui talian talifon..
dan ntuk kali terakhir aku hanya dapat melihat wajahnya, mengucup pipi dahinya ketika atuk dalam keadaan koma dan dimasukkan ke dalam ambulans untuk dibawa pulang ke batu pahat..
tiada lg akan ku rasa enaknya masakan nasi tomato atuk, enaknya maruku atuk, enaknya nasi beriani atuk, enaknya sup tulang yg dibuat dari air tgn atuk..
dari dulu atukku x pernah mengendahkan kehendak tekak ku..
pantang aku ckp nk balik johor, sume yg aku nk, semua tersedia di atas meja..
aku taw walau atuk x pernah ckp yg atuk syg aku, tp aku taw dia sgt2 menyanyangiku..

imaginasi tentangnya mula mengimbas kembali,,
tika raya menjelma, tika dia makan, tgok tv di kerusi kesukaannya, suara merdunya melaungkan azan di surau, tempat duduk yg dia duduk ketika di dalam kereta, semuanya terimbas kembali dan itu membuatkan dada ku sebak, lalu menitiskan air mata.. hanya dengan doa ku, al fatihah dan yasin sahaja yg dpt aku sumbangkan untuk dia menandakan betapa aku rindukan dia, dan betapa aku sayangkan dia...

terakhir sekali, atuk,, umi sayangkan atuk.. 

No comments:

Post a Comment