Wednesday, August 1, 2012

Alhamdulillah..


Alhamdulillah ya Allah kerana telah bukakan pintu hati ini untuk bertaubat kepadaMu..
makin tenang rase hati ni..
sahabat2 ku, harap doakan ntuk kekalkan perubahan ku,,
jgn sangka yg perubahan ini hanya untuk sementara..
jgn pernah perlekehkan ape yg dah tersurat..
tersurat sekarang nie aku mkin berubah..
korg ckp, lek ah sha,, muda ag.. 
hahaha,, Allah hu akbar..
korang nie, ajal x kire tua muda..
korg taw ke bila ajal korg? korg taw ke korg pnye masa tu, smpai masa tua?
korang pasti? korang pasti yg korang dpt rase kenikmatan dunia smpai korang tua?
x de siapa pn taw bila ajal diorg..
biarlah aku berubah..
bukan alasan masih muda ke ape ke,
tapi alasan ku, x ingin mati di dalam kekufuran..
cup lah nikmat dunia yg aku rase sebelum nie..
aku da puas, aku dah nampak mne salah silap..
Allah bukakan hati ini untuk berhijab pada mulanya,,
alhamdulillah, hingga ke solat 5 waktu perubahan itu..
hijab, bukan mengatakan yg aku nie baik, aku nie ape,
tapi aku dah puas membuka keaibanku, menjadi tatapan sekalian.
biarlah dari skrg, hingga akhirnya, aku melindungi maruahku, melindungi agamaku, melindungi maruah keluargaku..
aurat ku ditutup, solat ku dijaga, kerana xmahu menambahkan dosa keluargaku..
sesungguhnya dosa ku masih dibawah tanggungan babahku, mamaku,, selagi belum aku berkawen, dosa itu dibawah tanggungan mereka..
x sanggup rasa hati ini ingin melihat mama babah yg telah membesarkan ku dengan kasih sayang, terpaksa menanggung dosa2 yg tlah aku lakukan..
moga dengan ini, Allah ringankan bebanan mereka..

Aku berdoa, aku berharap, ini akan selamanya.. 

Monday, July 30, 2012

Tangan menadah tanda bersyukur..


Kala malam mengetuk minda, hati, dan perasaan,,
Aku bersyukur, menadah tgn tanda aku bersyukur atas rezeki yg telah diberikan untuk aku pada hari ini, serta bersyukur masih dipanjangkan umur..
sahabat, malam ini aku masih bernafas, andai esok aku belom sempat untuk memohon kemaafan, maafkan lah aku..
sentiasa ingat hari kematian, dengan itu membuatkan aku tidak berani untuk melakukan dosa,
khuatir andai ajal dtg menjelma, aku belum sempat untuk bertaubat..
biarkan lah dosa silamku, mengajarku erti keinsafan..
dosaku, kesilapan ku, kesalahan ku, mengajar untuk aku berubah kearah kebaikan..
sesungguhnya, Allah yg maha esa telah bukakan hati ini untuk berubah..
Alhamdulillah.. sahabat diluar sana, doakan lah yg aku akn terus menerus begini,..
sha yg dulu, x payah kire la perangai cmner, degil, mcm2 ag lah!
yg kenal je taw.. tapi alhamdulillah.. Sha sekarang lebih tenang, lebih matang..
tapi, jap, alaaa,, perangai sengal tu x leh nk ubah ag laaa..

puasa kali nie, memberi seribu keberkatan, seribu makna, dan juga seribu dugaan buatku..
izinkanlah aku tenang untuk menghadapi segalanya..
Insyaallah..

Saturday, July 7, 2012

Berubah untuk suatu perubahan.

Assalamualaikum wahai followers blogku. *chewah. haha
paham x maksud title entry kali nie? haaa..
maksudnya, aku da berubah untuk mendapatkan suatu perubahan yg baik..
x paham jgak, col aku. ngee..
alhamdulillah da seminggu aku kekalkan perubahan nie..
ape perubahan tu?
tadaaaaaaa!!!! hehe,, aku da mulai bertudung..
Alhamdulillah.. da bulan baru, nisfu syabaan kan,, apa kata tutup buku lama, mulakan yg baru..
disebalik aku bertudung, ade sebabnya dan ada yg membuatkan aku ingin berubah.
biarlah rahsiaaaa.. *nyanyi sket lagu siti. haha

nah la sikit2 mula2 minah nie nk start bertudung.

errr. pffttt!

huh!

tuka style sket!

okay yg nie suci abis dan x di ambik kire sbb nie nk g bli bekpes ye. so no need lebih2. haha


last nie plsss tutup mata korong sblum korang muntah darah!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
seriously aku x tipu!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ready???
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
HA HAMBIKK KAU!
.
.
+

PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR! haha. dem. bunuh diri. haha.

*Insyaallah yg kat fb tu, yg ade gmba x btudung tu, insyaallah akan dihidekan..
doakan perubahan ini berkekalan ye kawan2ku..=))

Wednesday, June 27, 2012

Wahai lelaki~~



Jika benar kau kasih.....~~

Bawalah dia ke jalan Allah..
Nasihatlah dia demi kebaikan..
Perbetulkan kesilapannya..
Jagalah dia dengan baik..
Kasihanilah dia..
Lindungilah dia..
Berikanlah kasih sayang buatnya..
Hargailah dia..
Ucapkan terima kasih atas kelebihannya..
Bersabar dengannya..
Terimalah dan cintailah kekurangannya..
Jadi imam terbaik dan redhalah kepadaNYA..

Moga kamu dan dia bertemu di syurga~~

Tuesday, June 26, 2012

Berbicara tentang yang dinamakan "JODOH"..

Bila berbicara soal jodoh..
pastikah pasangan kamu sekarang adalah jodohmu? ( for yg belum kawen )
jodoh, ajal, maut, semuanya ketentuan Allah..
semua Allah telah tetapkan..
setiap makhluk dicipta berpasangan..
telalu jahil bagiku untuk membicarakan tentang islam..
tapi, aku sbg umat islam, makhluk ciptaan Allah, perlu kenal erti batas2 yang disyariatkan dalam Islam..

back to our topic, JODOH..
tiada siapa tahu siapa jodoh mereka sblum mereka diijab kabulkan..
ade yg dah tunang bagai nk rak, esok nk kawen dah nie, tetiba x jadi..
see,, maybe thats not your jodoh..
berkawan bkn main lama, bercinta tunggang tunggek, kehulu kehilir bsama, blom tntu dia yang sah untuk kita..
tapi bukan semua camtu..
alhamdulillah ada yg kekal jodohnya, berkawan lama, akhirnya ke jinjang pelamin..
seronok kan?.. seronok bila pasangan pilihan, menjadi yang sah dalam ikatan.

yg budak2 couple clash, couple clash, x penat ke weyh?
aku taw laaaa,, aku pnah rase tu sume..
kecewa, sedih, putus, ape tu sume aku pernah rasa..
sekarang, dah laaaa,, single da setahun..
bia lah,, x de jodoh lagi la 2..
mungkin korg pk, terlalu awal bg membincangkan soal jodoh,
tapi tidak bagi aku..
aku berniat, berhasrat ingin menamatkan zaman muda mudi nie menjelang umur 23 atau 24..
skg aku umo 21.. wow, mgkin bg korg, "bapak awal gila kau nk kawen!" 
gatal sgt dah keeee?? haha..
tu la yg aku slalu dngar.. tapi aku punyai alasan aku yg tersendiri..
dan alasan tersebut, bialah aku sndiri yg taw.. nk taw gak, tnye aku face to face..
haaa.. hehe..

untuk bakal jodohku, ini untukmu.. :

assalamualaikum wahai yg halalku..
terima kasih kerana hadir untuk bersama diri ini..
jadikan lah aku suri dihatimu, jadikanlah aku sbg seorg yg perlu dilindungi dan disayangi..
walau aku tidak sempurna, sempurnakanlah aku..
jadikanlah aku seorg wanita yang turut perintah allah serta rasulullah..
bimbinglah aku kejalan yg diredhai..
semoga kita bersama hingga di jannah nanti.. =)

wahhh,, gitu ayatkann.. ayat bukan main, p calon pn x de ag..
aku x mencari, dan aku hanya menunggu..
andai jodohku itu ditetapkan oleh keluarga, aku terima..
bukan berfikiran kolot, tapi apa yg dipilih oleh ibu bapa, adalah  yg terbaik ntuk kita..
*tapi kena tapis gak lahh.. heee..=))

lagi untuk jodohku : *kali nie sempoi sket. td jiwang sgt.
haish awk wahai jodohku, mne awk?
penat sy tunggu taw x?
cepat2 la dtg.. teman sy, wat sy ketawa,
sy jeles taw x tgok org lain! errggghh,,
cepat2 la dtg! sy janji kat awk wahai jodohku, 
walau awk bukan yg pertama yg ade lam hati sy, tapi sy janji, awak adalah yg terakhir.. =')

Insaf..=))



Detik waktu terus berjalan,
berhias gelap dan terang,
suka dan duka tangis dan tawa, 
tergores bagai lukisan,

seribu mimpi sejuta sepi,
hadir bagai teman sejati,
di antara lelahnya jiwa,
dalam resah dan air mata,
ku persembahkan kepadamu,
yang terindah dalam hidupku..

meski ku rapuh dalam langkah,
kadang tak setia kepadamu,
namun cinta dalam jiwa hanyalah padamu..
maafkanlah bila hati,
tak sempurna mencintaimu,
dalam dada ku harap  hanya dirimu yg bertakhta..

detik waktu terus berlalu 
semua berakhir padaMu..

Saturday, June 23, 2012

Bila jari, hati, dan minda bersatu.

Seringkali minda ini, diri ini dihasuti syaitan.
mengatakan adakah Allah itu adil padaku?
andai Allah itu adil, mengapa seringkali aku yang terluka?
mengapa seringkali aku yg tersiksa? dan mengapa sehingga kini aku sendiri,
dan mengapa kebahagiaan itu hanya sementara untuk ku?
sedangkan insan lain enak dibuai mimpi bersama kegembiraan.
andai aku hanyut bersama hasutan itu, aku xkan setabah ini..

aku tahu Allah bersamaku, aku tahu Allah melindungi ku, aku tahu Allah mendengar segala rintihan ku, dan, aku tahu yang sememangnya Allah mengujiku, menguji keimanan ku, menguji kesabaranku..
dengan kepercayaan itu au kuatkan diri aku, kerana aku yakin,
ada sinar yang akan menerangi setiap kedukaan ku ini..

aku hanya menanti, aku hanya menunggu saat itu..
aku tahu, Allah meletakkan ku pada keadaan ini,
kerana Allah ingin aku kuat untuk menempuhi setiap dugaan yg mendatang..
supaya aku tidak lemah dan aku tidak tunduk pada godaan syaitan untuk berpaling darimu ya Allah..
ya, aku kuat, aku kuat untuk masih tersenyum walaupun aku dihimpit kesedihan..
aku kuat untuk mengembirakan org yg dalam kesedihan walaupun aku berada ditempat yg sama dengannya iaitu kesedihan..

ramai org membenci kesedihan, ramai orang membenci tangisan,
tapi adakah kamu tahu bahawa kesedihan itu lah yg membawa kpd kekuatan..
Allah tidak akan menduga umatnya sekiranya umat tersebut tidak mampu untuk melaluinya.
Allah tidak kejam, dan Allah syg akn umatnya..
anggap lah segala kesedihan suatu yang takkan pernah hilang..
andai hari ini kamu menangis, dan kamu ketawa, sungguh mustahil andai ketawa itu dpt menghilangkan segala kesedihan.. mungkin ada kesedihan yg lebih besar menanti disebalik tawaan mu itu.