Thursday, July 27, 2017

Masih kalah..

Yup sekarang kau berumur 26 tahun..
26 tahun.. masih kalah dalam alam percintaan..
Masih kalah dengan setiap perasaan..
Mencuba tetap mencuba untuk mendapat rasa cinta..
Hanya untuk rasa disayangi..
Aku masih kalah..
Aku masih kalah untuk perjuangkan diri sendiri..
Masih kalah untuk kuat menempuhi segala rintangan..
Aku tahu diri aku.. aku tak mampu ya Allah..

Ya tuhanku,, tariklah nyawa ku andai hidup aku ini hanya untuk merasa kesedihan dan kelukaan..
Tariklah nyawa ku andai kau takdirkan tiada cinta untuk aku..
Aku rela ya Allah..
Tapi bersediakah aku? Cukupkah amalan ku untuk berada si syurga? Apa yg aku nampak, lebih kepada neraka.. Allah.. kuatkan aku.. kuatkan hati aku..

Aku manusia yg bermasalah..
Jika sayang, terlalu sayang.. teramat sayang..
Bila benci, terlalu benci..
Bila terlalu sayang, aku tahu kesakitan akan menanti..
Ya aku bersalah.. aku bersalah..
Bukan niat untuk menduakan..
Hanya perangai nakal yg kadang kala menang..
Hanya sekali.. hanya sekali tetapi aku dihukum seperti tiada pernah ada rasa cinta dihati.
Sumpah jujur aku setia.. dari dulu sehingga sekarang aku setia..
tapi syaitan menang kaburkn mindaku.
Dan sekang aku sakit atas ikutkn godaan syaitan..
Terima kasih syaitan. Kau menang. Kau berjaya menghilangkn semua yg aku cinta..

Hilang separuh nyawa

Alangkah indah dunia kalau tiada sorang pun yang punya masalah.
Tapi harus aku terima setiap manusia di dunia ini akan menghadapi masalah. Besar atau pun kecil. 
Allah tetap akan menguji hambanya..

Separuh jiwaku hilang.
Hidup ibarat jasad yg tiada bernyawa.
Lebih memilih untuk bersendiri dan menyepi.
Biarkan.. biarkan diri ini mencari masa untuk pulih..
Pulih dari segala kesakitan..
Pulih dari segala kegelisahan.
Aku.  Redha. Redha dengan apa yang bakal berlaku..
Hanya aku mampu bermohon.. bermohon untuk diberikan kekuatan akal dan fikiran untuk sentiasa kuat untuk menempuhi segala rintangan. 
Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya.
Allah tahu Yang terbaik..
Sedungguhnya Allah sebaik2 perancang..
Kau sekadar hambanya yang digelar manusia untuk mengikut segala apa ysng telah ditetapkan..
Kau harus kuat..

cinta dan sayang bukan kerana terpaksa

sayangi, cintai dengan sejujurnya.. seikhlasnya..
jangan dipaksa hati jika sudah hilang rasa kasih sayang dihati..
kenangan akan kekal sebagai kenangan..
simpan kenangan yang manis agar dapat menjadi perawat duka.
jgn di buang kenangan buruk. kerana ianya satu pengajaran buat diri.
aku bukan manusia sempurna..
aku hanya manusia biasa yang sering melakukan kesalahan dan kekhilafan..

demi Allah.. aku ingin menjadi yang terbaik..
terbaik untuk kamu dan segalanya..
tetapi aku hanya dipandang atas dasar kekhilafan seorang manusia.
hukuman.. aku terima andai ianya satu hukuman buat diri si durjana ini.
aku terima..
mohon aku diberikan kekuatan untuk menempuh segala duka..
kerana aku sentiasa bermohon untuk diberikan bahagia..
bahagia di dunia dan diakhirat..

jujur sumpah mati, tiada lain selain kamu..
tiada,,
segala kesilapan yg pernah aku lakukan, tiada niat untuk mencari penganti kamu..
aku menyesal.. aku sesal..
aku hanya manusia yang tak pernah lepas lakukan kesilapan..

kesilapan itu satu pengajaran..
pengajaran untuk lebih mengenal erti kehidupan..
kehidupan yang hanya dipinjamkan buat sementara..

aku bukan si puisi cinta.. aku bukan si kalam yang menulis segala erti cinta..
bukan aku..
aku hanya manusia yg kenal siapa yg aku cinta..
aku cuba bertahan dan terus bertahan..
sebab itu aku..
bertahan hanya untuk merasa bahagia sementara didunia..
dan biarlah hingga ke akhirat..

M.N

CINTA

MOHD NIZAMUDDIN BIN ZAINUDIN..
yes.. itu nama yang sedang menakluki diri nie..

bermula kisah cinta kami di sebuah event VSCO..
booth dia sebelah booth aku..
pada mulanya aku ngn mama macam geram sbb sebelah booth kami menas booth dia jual air.. and aku jual baju.. eh helloooo,, basah laaa booth kiteroeang nie..
tp xpe.. aku diam je walaupun mama bebel2.. mamaaa mama..garu kepala aku dibuatnya..
dan bermula dari situ lah kami berkenalan..
entah mcm mana eh aku boleh rasa aku suka dekat dia.. entah.. Allah je tahu kenapa..

baik, manja, penyayang.. tak sangka.. aku belajar sampai ke Johor semata2 nk dekat dengan dia..
baik dia jaga aku.. teman aku mana2 aku nk pegi.. ajar aku mcm2.. as you guys know i am a noob.. hee..and there you go.. he is the one and only..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aku suka panggil dia DAFI dulu.. sebab acah2 muka dia nie mcm dafii. dafi sangat kan sayangggg.. hehehe.. *kalau dia baca nie mesti dia marah.. hee.. tu la keje aku.. buat dia marah.. dan aku tak pernah tahu yang aku akan terlalu sayangkan dia.. dan dia pun xkan pernah percaya yg aku teramatlah sayangkan dia..

next, new entry okay.. xoxo 

CERITA 2016 - 2017

okay as i promised, aku nk cerita sikit la ape aku ingt sepanjang tahun 2016, 2017 nie..
lepas aku abis degree dekat uitm segamat, aku berniaga secara kecil kecilan..
as more, aku berniaga secara online..
aku jahit sendiri semua tudung/shawl yg aku jual..
langkah demi langkah aku sendiri harungi semua..
bermula dengan sebuah mesin jahit tepi, mak aku punya yg aku xpernah sentuh, dan sehelai kain..
sikit demi sikit, aku bermula..
dan aku memulakan langkah besar dengan mereka sendiri design jubah dan baju kurung.. *masa tu jubah tengah hot..

then, selepas setahun aku ikut booth merata2, join booth merata2, abah decide untuk bukakkan aku sebuah butik di bangi..
Bangi Gateway.. yes.. butik aku sendiri.. UMMUNAQIAH BOUTIQUE..
tetapi malangnya aku hanya mampu bertahan selama beberapa bulan sahaja akibat kemerosotan ekonomi.. so aku terima je lahhh..

next, aku sambung belajar di peringkat MASTER..
MASTER?? yup.. aku nk jadi lecturer ikut cita2 akudari dulu..
and sekarang, aku dalam bahagian MBA di UTM Johor..

tu lah sikit sebanyak aku short2 kasi pendek.. kang kalau aku cerita dari A sampai Z, mau tebalik otak aku nk kena ingat semua.. hee..
andd,, how about my love story?? love story?? new entry okay.. daaa

SETELAH SEKIAN LAMA MENYEPI..

Assalamualaikum..
Berhabuk,, bersawang dahhh blog aku nie rupanyaaaaa..
kesian kau.. dulu aku selalu je update kau..

okay, back to my life story..
perkembangan?? ye aku makin kembang kembang dan mengembang..
hahahahaha.. *takkelakar pun

okay start dlm entry baru la eh,. baru syiok nak cerita..

Tuesday, November 12, 2013

Sandiwara Cinta

Aku tahu ini semua tak adil.
aku tahu ini sudah terjadi
mau bilang apa pun x sanggup 
air mataku x lagi mau menetes.
alasannya sering kali ku dengar
alasan yang sering kali kau ucap
kau dengannya seakan ku tak tahu
sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku
jujurlah sayang,
aku tak mengapa,
bia semua jelas tak berbeda
jika nnti aku yang harus pergi
ku terima walau sakit hati
mungkin ini jalan yg engkau mahu
mungkin ini jalan yang kau inginkan
kau dengnnya seakan ku tak tahu
sandiwara ape ceritanya apa, aku tahu
jujurlah sayang, aku tak mengapa,
biar semua jelas tak berbeda
jika nanti aku yang harus pergi
ku terima walau sakit hati
jujurlah syg aku tak mengapa
biar semua jelas tak berbeda
jika nnti aku yang harus pergi
ku terima walau sakit hati
ku terima walau sakit hati

Tuesday, October 22, 2013

kekasihku..

Ya Allah, sekiranya kekasihku ini pilihanMu di Arash, berikan aku kekuatan untuk bersamanya..
Jika kekasihku ini adalah yang akan membimbing tanganku ke titianMu, kurniakanlah aku sifat kasih atas perbuatannya..
Sekiranya kekasihku adalah bidadara untukku di Jannah,limpahkanlah aku dengan sifat tunduk akan perintahnya..
Jika kekasihku jodoh yg dirahmati olehMu ya Allah, berikan aku kesabaran untuk menghadapi karenah dan ragamnya..
sesungguhnya segala yg diperolehi kurniaan dariMu..

Sunday, October 20, 2013

cantik? kaya?

"Cantik" bukan bererti baik. "Kaya" bukan bererti bahagia. 
Kerana kecantikan & kekayaan bukan jaminan "kesempurnaan".

Lelaki.

Maaf andai hati ini tidak dapat menerima lagi kala hati dilukai..
aku percaya, aku setia, aku jujur, aku ikhlas..
tapi,, adakah kau setia??
setia??
tnya pada diri sendiri..
Andai Allah mahu tunjukkan kebenaran, hanya sekadar sekelip mata..
ingt, perempuan mempunyai keistimewaan yg tiada pada lelaki..
Naluri nya lebih kuat sehinggakan ia boleh menunjukkan kebenaran yg tidak pernah tecapai dek akal lelaki.
Ingat, hati kaum wanita dilindungi.. perasaan ingin disayangi..
aku setia.. setia hanya pada kamu..

andai kau ingin merasakan curang, 
pikirlah pertama skali apa yg akan kau rasa jika kau berada di tempatku..
adakah akan kau menerimaku?? tidak sama sekali..
telah aku berikan mu peluang.. adakah kau sedar bahawasanya aku memberi peluang ntuk kau berubah?? bukan memberi peluang untuk kau melukakan hati ini lagi..
mungkin kau tidak sayangkan hubungan kita sehingga kau sanggup ingin menduakan aku..
pikirlah wahai lelaki..

aku percaya, terlalu percaya..
sehinggakan kepercayaan ini membuatkan aku bodoh dimatamu..
aku setia, terlalu setia,
sehinggakan kau merasakan aku tidak bisa beralih darimu..
jangan sangka aku tidak mampu melakukan spt ape yg kau cuba lakukan..
aku hanya tidak mahu, dan bukan kemahuan ku untuk melukakan walau sekelumit zarah sekalipun..

dengarlah hati ini wahai lelaki..
aku bukan boneka.. aku bukan peragaan..
aku sekadar inginkan KESETIAAN, KASIH SAYANG, PERHATIAN dan KEJUJURAN..
andai kau tidak bisa melakukan itu semua, tanyalah pada hati, 
masihkah ada sayang untuk aku..

Lelaki.. aku sudah tidak percaya kepada tutur katamu..
aku sudah tidak percaya segala janji manismu..
aku tidak percaya akan kata sygmu..
Cuma aku hanya percaya pada tingkah lakumu..


Sunday, December 9, 2012

Hanya kerana Sehari, aku bisa MATI..

Assalamualaikum followers ku..
lama x update blog kan.. hehe..
nie sha nk cite something, genap sebulan yg lepas..

Sebulan yg lepas, 9/11/2012
Memula sha sakit gastrik.. sakit yg teramat sgt la kat hempedu nie haaa..
then drive sorg2 g masuk uitm segamat sbb nk diorg cek.. *almaklumla student sana. jimat sikit duit. haha
g uitm segamat, cek2 bagi ubat gastrik.. pastu minx mc, drive la balikkk..
then da bpe jam lepas dari tu, sakit lagi. aish x ilang sakit nie!!sama je! 
minx tolong balik roomate "ikin" hantarkn balik ke klinik uitm..
then pegi balik, kena tahan la kat wad uitm segamat tuhhhh.. 2jam je kena tahan..
taim kne tahan tu, 2 kali kne cucuk. mak aihh.. relakan je laaa.. dah 2 jam, sakit kat hempedu pun hilangg..
tapi masih ade rase sakit lagi. tpi kat tempat lain lak!
kat bawah perut sebelah kanann.. OMG!! doktor dah suspek APPENDIX!! 
huhhh.. doktor ckp, kalu malam sakit lagi, pegi hopital ye..

ye, tepat jangkaan doktor, malam tu aku sakit lagi.. menggelupur sakit..
makan je muntah balik! errrrr.. huhu..
taim tu kat pkul 2pagi aku suh roomate aku anta aku g hospital segamat..
diorg anta laaaa.. ksian diorg.. doktor cek memula die ckp xde ape lpas cek air kencing..
rupanya mesin diorg rosak! choi!
terus aku ditolak masuk ke wad pembedahan.. ppfffttt..
col la mama babah suh diorg dtg..
sakit la sgttt.. cucuk masuk air lagi.. haaa.. pastu haram nk kne tunggu doktor pakar dtg nk sahkan sakit aku tu..
weyh lama weyh nk tunggu,, lpas sorg2 doktor dtg.. ckp aku mmg ade APPENDIX..=((
huhh.. pukul 3lebih pagi mama babah sampai, ikin ryna pun balik la umah..
then esoknya, sakit teramat sgt, pastu ngn kena puasa ag. seksa weyh..
pukul 1pm bru doktor suh admitted masuk bilik bedah..
12jam weyh aku menunggu seksa nk operation.. 

keadaan nk pegi bilik bedah tu, tukar suma baju , seksi woo,, haha then ade penutup kepala..
saat aku ditolak masuk ke bilik bedah, mama babah mengiringi bersama.. 
sampai depan pintu bilik bedah, diorg x bg mama babah masuk dah..
diorg ckp, "ade kate2 semangat ntuk anak?"..
mama babah ckp "umi mengucap, kuatkan semangat ye sayang.. mama tunggu kat sini.."
aku x taw ape perasaan aku masa tu, takut? lgsg tak.. tapi aku taw, mama babah risau..
keadaan yg aku alami sama cm lam tv tu.. tgok lampu2 atas.. mak aih lampu bedah x nk besar pulak..
aku kne angkat.. pastu die ckp "jgn risau dik.. kami dah biasa buat operation nie.. jgn risau ye.."
aku hanya mampu menggangguk tanda mengiya kan sahaja..
aku diberi sedutan gas, tu gas pelali.. die suruh aku buka mata, sedut gas tu..
hurm,, taw2 aku dah x sedar..

saat aku sedar, sume nampak kabur, kepala aku berat, sakit dalam perut hilang, cuma rasa, sakit akibat pembedahan..
aku ditolak kembali ke wad, dan perkara pertama aku kua dri wad, aku dengar suara mama.. 
mama ckp "anakk mama.. anak mama ok?.."
rupanya aku dlm bilik bedah selama 5jam! taw2 dah pukul6..
bila aku kembali ke wad, aku dengar suara mama, babah, pastu ryna, ikin..
aku cuba kuatkan semngat aku ntuk buka mata, tapi x mampu.. aku hanya mampu bunyi emm emm je.. huhu..
tapi ryna jahat, nk usik bntal busuk aku! haish! 
alhjamdulillah pembedahan selamat..
tapi doktor ckp, appendix aku pecah dlm, and ade nanah. so tu lama dlm bilik operation.
kalu aku lewat pegi hospital, nyawa aku will fly fly flyyy.. huhu..
sbb dah pecah lam perut serta ade nanah, boleh buat usus pecah n klua mlalui najis..
p sume selamat..

keesokkan harinya aku sedar.. tapi ubt tidur tu mmg kuat! keje aku nk tdo je! huhu.. ramai yg dtg melawat.. terima kasih.. teman sejati ku Ryna , ikin sentiase menemani..
terdapat 7jahitan semuanya! sehari selepas operation aku dah disuruh untuk berjalan, turun dari katil.. ntuk melancarkan perjalanan darah.. ahhhh sakit weyh! bius da abis!
mama x pernah lepas menemaniku di sisi.. 

hari ke3, aku kembali ke rumah KL.. tdur spt biasa,
hari ke4, aku mandi.. mama la mandikan.. hehe.. lepas mandi, nk lap badan,
mama lap dekat luka, terdapat air keluar dari luka.. tekan tekan, rupanya NANAH!
luka tempat jahitan terdapat infection! masih ade nanah yg ada.
ape lagi, kabut pegi Hospital serdang pulak! 
dlm kereta, nanah memancut2 keluar,, abis seat keta babah. sory bahh.. huhu.. abis busuk bau badan aku..
masuk jumpa doktor, 3jahitan dari 7jahitan terpaksa dibuka..
masa 3jahitan tu dibuka, nanah keluar membuak2.. doktor pun terkejut! aku hanya mampu sabar, kuatkan semangat walau aku rasa hati aku luluh mase tu.sedih weyh.
pastu kne cuci dalam luka tempat nanah tu. sakit weyh. pedih! mne x sakit, air garam doe!
then setiap hari, luka tu kne cuci, and yg cuci tu mama saya laaa.. mama sy kan nurse! hehe..
then tiba masa ntuk buka lagi 4jahitan..
bukak, ingtkan daging lekat! rupanya x lekat! TERTETAS la balik luka jahitan tu..
dalam weyh luka tu.. 5cm.. fuhh,, besar,,
setiap hari kne cuci.. sampai lah sekarang..
everyday..
tp alhamdulillah nanah dah xde.. cume ade bakterian lain yg masuk.. tp x de la seriius sgt..
luka pembedahan tu  smpai sekarang masih terbuka sbb kne cuci hari2..
org slalu tnye, bila nk jahit balik?? aku jwb, mesin jait rosakk.. hahaha..
x leh nk jahit lagi.. sbb luka terlalu dalam.. and masih ade kuman..
kalau jahit, nnti kalu jadi infection lagi, x pasal2 ade nanah balik.. x ke susah..
so dokter ckp, bia luka mengecil sikit.. baru jahit..
mama ckp, alhamdulillah luka tu semakin kecik,, tp masih terlalu dalam..

hurm.. tu lah kisahnya,,
belajar cmner?? haishh.. sebulan mc! mati aku nk kejar balik sume subjek..
kwn2 suh aku extend,, ah x nk ah.. rugi masa..

sume yg membaca, maaf ye, tlalu panjang..
haha.. tapi tu lah  cerita nya..

nk gambar tuk tatapan?? huhu.. nanti lahhh.. kang korang takut lakk.. aku sndiri pn takut nk tgok perut aku. haha

Wednesday, September 26, 2012

Update update!!

Assalamualaikum wahai followerku..
eceyhhhh.. hahahaha..
macam la ramai sgt follower kannnn.. x hit pun!
maaf ye sbb lama x update..
bzi laaaa.. ngeh2!

okay, berita terkini terkini!!!!
Sha dah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pemasarann..=))
alhamdulillah.. dimana?? di UITM SEGAMAT!!!!
yeeehaaaa!!!
hehehe,..
okay2 nk cite sket pengalaman kat sini..
kat sini, sha duk kat umah sewa.. kawasan kampung, ok la kottt..
alaaa,, acah2 cam aku nie bandar sgt la kan! hahahaha..
satu umah ade 10 orang..=))! best.. da bilik sha ade 3 org je..
my lovelyyy Rina and Ekin!! yeay..
sayang diorg shangat2! da cam adik bradik rase!
hehe..
lecturer pun best2.. ramai yg lawak2 aw..
p kne admit laa,,, keje mmg belambak2.. klas pax gila nk mati! huhhh.. p i have funnn!!!!
 k la,, later update ag! lets have some joyy!! weee

Tuesday, August 14, 2012

FENOMENA RAYA..

Yeah fenomena raya semakin terasa hangatnya.
tayah cite ah, x kire la kat shopping complex mane2 pn,
duk berduyun2 ag org duk membeli barang raya,, baju raya,, itu ini sume ntuk raya.
hamboii,, raya raya raya. puasa x cukup mane, ade hati nk raya!
ngee.. *cakap ntuk diri sendiri tuuh.
lagi2 yg shopping kat jalan TAR..
homangaiiiiii,, cam da semut api!! bduyun2.. ntah camner korg bernafas pn aku x taw..
andai kate, ngh ramai2 camtu, org jet pejuang ke, ape ke, baling bom,
kire separuh penduduk manusia x de! grr..
ramai sgt! ntah ape cari pn aku x taw..
*aku tpaksa lalu sbb nk g jumpa dentist.
alasan! padahal mmg nk pegi pun...
hahahaa,, yelaa,, barang murah2.. contohnya baju, lagi2 tudung.. haaa nyah! da cm ape dah!
tetiba aku tpkir, nie, baru hari raya org nk shopping, cam ner kalu nnti di padang masyar??
huih! x terbayang rasanya ramainya org..
kan.. setiap org ade rupa sendiri mase kat sne,,
ade yg sempurna, ade yg bercahaya wajah kerana imannya, ade yg dibogelkan kerana dosanya, mcm2 lah..
makcikk oih,, sakan beli naaa,,
taw la raya staun skali,, tp jgn lahhh nk duk membazir sgt..
smpai klu ikutkan, satu mall tu die nk beli!
ingt la pada yg x berkemampuan.. cukup la belanja secara sederhana..
sesungguhnya islam sndiri pn mengesyorkan supaya beserdehana la hidup nie..
baruu lpas buat pahala sebulan puasa,, x kannn nk buat dosa plak ntuk raya.,. kann..

Alhamdulillah Ramadhan kali ini, byk yg memberi perubahan kebaikan..
memberi seribu erti kpd aku..
dan kali ini adalah ramadhan yg paling beharga, dan bermakna bg aku..
sesungguhnya Ramadhan adalan bulan yg paling baik dari beribu bulan.. 

Saturday, August 11, 2012

Sayangi, hormati selagi mereka masih bernafas..


Assalamualaikum! Haaa,, okay entry kali nie pasal "Sayangi, hormati selagi mereka masih bernafas"
Agak2 korang sape yg aku masud nie? ah! otak korang bopren gepren x abis2! 
sah2 gamba tu gmba org tua! bf/gf korg tua cmnie eyh?
lempang kang taw lah!
mak bapak korang lahhhhhhh..
sayangi lah mereka, sebagaimana mereka menjaga kita, menyayangi kita..
tak, like seriously aku x paham, asal anak2 perlu nk anta mak bapak diorg kat umah org2 tua??!!
bila aku tgok org tua yg sakit, dahh tuaaa sgt2, aku slalu tnye mama, 
"ma, acik tu x de anak ke? asal anak die sanggup tgok mak bapak die camtu??"
aku x paham jgk yg ade anak vongok, tinggalkan mak die kat hotel bajet! pfft!!!
weyh anak2 yang cerdik2 sekalian alammm,, 
terutama yg sanggup tgok bak bapak korg duk kat umah org2 tua, campak mak bapak merata2,
korg x de otak eyh??
korang taw x mase kecik diorg jaga kau, sayang kau, then korg nak main campak2 camtu je?!
korg ingt ape? barang? errrghh senget!
pilunyaaa hati nie tgokk org2 tua kat umah org tua tu rindukan anak2 diorg..
weyh! klu taw cmtu, baik lenyek je kau dri kecik! tayah mak bapak kau ssh2 nk jaga!
ingt,, dalam hidup kita, kita hanya akan ada SEORANG MAK, dan SEORANG BAPAK..
x kan ade galang ganti..
terangkat la mcm2 mana pn mak mak lain, bapak2 lain, x kan sama dengan mak yg mengandungkan kita selama 9 bulann..
menangiss,, mengalir air mata seorang ibu tatkala anak2 melupakan dirinya..
tapi, jauh disudut hati, xkan pernah ade sekelumit perasaan benci pun kat anak2..
sejahat2 anak, sehina2 anak, mak bapak org yg x kan pernah buang,dan x kan pernah berhenti sygkan kita..
sayangi warga tua..
walaupun kalau korg tgok org tua sakit nk lintas ke, ape ke, tolong laaa..
korang bayangkan korg duk kat tempat diorg..
kayhh.. warga tua pn lebih memerlukan kasih syg..
jgn hina, jgn kutuk, jgn keji mereka.. 
sayangi merea sehingga habis hayat mereka.. jgn nnti bila diorg da x de, baru korg nk buat muka beruk nk nyesal..

Note : Emo sket sbb sakit hati tgok anak muda skg, tayah anak muda la, dewasa pn, xreti nk ingt mak bapak.

Wednesday, August 8, 2012

..


saya taw saya x sempurna..
sy taw sy x cantik,
sy x kesah kalu sy x cantik pada mata sesiapapun,,
tapi izinkanlah sy jadi secantik2cantik umat untuk Allah..
agar diakhirat nnti wajah sy bseri indah dengan keimanan..
Aminn~~

Saturday, August 4, 2012

Wahai muslimah~~



Mampukah aku menjadi seperti Khadijah?..
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah..
Hartanya diperjuang ke jalan Fisabilillah..
Penawar hati kekasih Allah..
Susah senang rela bersama..

Dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah?..
Isteri Rasulullah yang bijaksana..
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan..
Tiada suar untuk dilaksanakan.
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang..


Wednesday, August 1, 2012

Alhamdulillah..


Alhamdulillah ya Allah kerana telah bukakan pintu hati ini untuk bertaubat kepadaMu..
makin tenang rase hati ni..
sahabat2 ku, harap doakan ntuk kekalkan perubahan ku,,
jgn sangka yg perubahan ini hanya untuk sementara..
jgn pernah perlekehkan ape yg dah tersurat..
tersurat sekarang nie aku mkin berubah..
korg ckp, lek ah sha,, muda ag.. 
hahaha,, Allah hu akbar..
korang nie, ajal x kire tua muda..
korg taw ke bila ajal korg? korg taw ke korg pnye masa tu, smpai masa tua?
korang pasti? korang pasti yg korang dpt rase kenikmatan dunia smpai korang tua?
x de siapa pn taw bila ajal diorg..
biarlah aku berubah..
bukan alasan masih muda ke ape ke,
tapi alasan ku, x ingin mati di dalam kekufuran..
cup lah nikmat dunia yg aku rase sebelum nie..
aku da puas, aku dah nampak mne salah silap..
Allah bukakan hati ini untuk berhijab pada mulanya,,
alhamdulillah, hingga ke solat 5 waktu perubahan itu..
hijab, bukan mengatakan yg aku nie baik, aku nie ape,
tapi aku dah puas membuka keaibanku, menjadi tatapan sekalian.
biarlah dari skrg, hingga akhirnya, aku melindungi maruahku, melindungi agamaku, melindungi maruah keluargaku..
aurat ku ditutup, solat ku dijaga, kerana xmahu menambahkan dosa keluargaku..
sesungguhnya dosa ku masih dibawah tanggungan babahku, mamaku,, selagi belum aku berkawen, dosa itu dibawah tanggungan mereka..
x sanggup rasa hati ini ingin melihat mama babah yg telah membesarkan ku dengan kasih sayang, terpaksa menanggung dosa2 yg tlah aku lakukan..
moga dengan ini, Allah ringankan bebanan mereka..

Aku berdoa, aku berharap, ini akan selamanya.. 

Monday, July 30, 2012

Tangan menadah tanda bersyukur..


Kala malam mengetuk minda, hati, dan perasaan,,
Aku bersyukur, menadah tgn tanda aku bersyukur atas rezeki yg telah diberikan untuk aku pada hari ini, serta bersyukur masih dipanjangkan umur..
sahabat, malam ini aku masih bernafas, andai esok aku belom sempat untuk memohon kemaafan, maafkan lah aku..
sentiasa ingat hari kematian, dengan itu membuatkan aku tidak berani untuk melakukan dosa,
khuatir andai ajal dtg menjelma, aku belum sempat untuk bertaubat..
biarkan lah dosa silamku, mengajarku erti keinsafan..
dosaku, kesilapan ku, kesalahan ku, mengajar untuk aku berubah kearah kebaikan..
sesungguhnya, Allah yg maha esa telah bukakan hati ini untuk berubah..
Alhamdulillah.. sahabat diluar sana, doakan lah yg aku akn terus menerus begini,..
sha yg dulu, x payah kire la perangai cmner, degil, mcm2 ag lah!
yg kenal je taw.. tapi alhamdulillah.. Sha sekarang lebih tenang, lebih matang..
tapi, jap, alaaa,, perangai sengal tu x leh nk ubah ag laaa..

puasa kali nie, memberi seribu keberkatan, seribu makna, dan juga seribu dugaan buatku..
izinkanlah aku tenang untuk menghadapi segalanya..
Insyaallah..

Saturday, July 7, 2012

Berubah untuk suatu perubahan.

Assalamualaikum wahai followers blogku. *chewah. haha
paham x maksud title entry kali nie? haaa..
maksudnya, aku da berubah untuk mendapatkan suatu perubahan yg baik..
x paham jgak, col aku. ngee..
alhamdulillah da seminggu aku kekalkan perubahan nie..
ape perubahan tu?
tadaaaaaaa!!!! hehe,, aku da mulai bertudung..
Alhamdulillah.. da bulan baru, nisfu syabaan kan,, apa kata tutup buku lama, mulakan yg baru..
disebalik aku bertudung, ade sebabnya dan ada yg membuatkan aku ingin berubah.
biarlah rahsiaaaa.. *nyanyi sket lagu siti. haha

nah la sikit2 mula2 minah nie nk start bertudung.

errr. pffttt!

huh!

tuka style sket!

okay yg nie suci abis dan x di ambik kire sbb nie nk g bli bekpes ye. so no need lebih2. haha


last nie plsss tutup mata korong sblum korang muntah darah!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
seriously aku x tipu!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ready???
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
HA HAMBIKK KAU!
.
.
+

PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR! haha. dem. bunuh diri. haha.

*Insyaallah yg kat fb tu, yg ade gmba x btudung tu, insyaallah akan dihidekan..
doakan perubahan ini berkekalan ye kawan2ku..=))

Wednesday, June 27, 2012

Wahai lelaki~~



Jika benar kau kasih.....~~

Bawalah dia ke jalan Allah..
Nasihatlah dia demi kebaikan..
Perbetulkan kesilapannya..
Jagalah dia dengan baik..
Kasihanilah dia..
Lindungilah dia..
Berikanlah kasih sayang buatnya..
Hargailah dia..
Ucapkan terima kasih atas kelebihannya..
Bersabar dengannya..
Terimalah dan cintailah kekurangannya..
Jadi imam terbaik dan redhalah kepadaNYA..

Moga kamu dan dia bertemu di syurga~~